Pages

Ads 468x60px

Labels

Sunday, December 14, 2014

Wafi Kena Operate Hernia

esok wafi kene admit da..rabu 17th dec wafi operate..

sejak wafi kene hernia tu.. ummi just nk tarikh 17th dec je.. ummi sentiasa berharap cepatla masa berlalu..
ummi n abi decided utk proceed dgn operation wafi. yela utk kebaikan dan utk masa depan wafi. ummi pk.. kalo xoperate skang.. nnt ummi n abi da la keje.. wafi dok taska...sape la yg nk monitor wafi personally.. nnt kalo jadi pape kat wafi.. cmne..

dan lepas dgr penjelasan dr pakar bedah kanak kanak Dr. Ahmad Zulkiflee Laidin dekat Sime Darby Medical Centre tu... ummi pun lega skit.. even doktor tu dah memang berpengalaman kes2 cmni.. n doktor tu penah operate lg muda..baby yg baru lahir.. lepas balik tu mmg setiap hari ummi akan google psl doktor tu.. ade tak org yg penah experience kes yg sama tulis dlm blog.. huhuh.. hati seorang ibu..sape la yg xrisau.. ade bagusnye org yg tulis blog ni.. bukan syok sendri tau.. sebenarnye org yg tulis blog ni secara tak langsung dah bantu org lain dgn ceritakan pengalaman dia..n secara tak langsung gak org tu da bg comfort kt ummi ni.. n ummi harap gak someone out there yg ade kes macam ni jumpe blog ummi.. n biarlah ummi plak comfortkan dia..

ni meh ummi amek skit petikan dr kenyataan doktor tu :


HERNIA merupakan gangguan kesihatan yang umumnya dideritai oleh kaum Adam. Sekalipun insidennya lebih banyak menyerang orang dewasa, ia juga kerap terjadi di kalangan kanak-kanak.
Walaupun hernia tiada kaitan dengan masalah angin, tetapi ia turut mendapat jolokan di kalangan masyarakat kita sebagai penyakit angin pasang.
Hernia diambil daripada perkataan Latin, herniae yang membawa maksud penonjolan keluar organ atau tisu yang lembut melalui bukaan otot yang lemah pada bahagian abdomen. Ia kelihatan seperti bonjolan kecil pada kulit dan akan jelas kelihatan semasa anak batuk atau menggeliat.
Punca
Pada bayi dan anak-anak, hernia merupakan keadaan bawaan sejak lahir (kongenital). Bonjolan hernia biasanya berisi cairan dan tidak semestinya hernia inguinal yang berisi bahagian usus
Terdapat dua jenis hernia yang biasa terjadi pada kanak-kanak, iaitu hernia umbilikal pada bahagian pusat dan hernia inguinal yang terjadi di sekitar pangkal paha di mana abdomen bertemu bahagian atas paha.
Hernia pusat berlaku pada sesetengah bayi yang memang dilahirkan dengan kelemahan atau bukaan pada bahagian otot-otot abdomen di sekitar pusat di bawah kulit, yang mana sesetengah membran abdomen atau usus kecil menjulur keluar melaluinya.
Bengkakan lembut yang terjadi ini boleh dilihat dengan jelas apabila bayi menangis, meneran, batuk atau menggeliat.
Hernia inguinal pula, selalunya disebabkan oleh penonjolan gelungan usus atau lipatan membran daripada abdomen atau ovari atau salur falopian bagi kanak-kanak perempuan, melalui pembukaan masuk ke bahagian groin.
Bengkak dalam bahagian groin timbul terutamanya apabila kanak-kanak menangis, batuk atau berdiri.
“Bagi kanak-kanak lelaki dianggarkan seorang bayi daripada 40 kelahiran mengalami hernia jenis ini,’’ ujarnya.
Tambahnya, terdapat pelbagai komplikasi hernia antaranya Irreducible Hernia, di mana hernia tidak dapat dikembalikan ke tapak normal.
Hernia inkarserat (Obstructed Hernia) pula berkemungkinan boleh menyebabkan berlakunya penyumbatan. Contohnya, gelungan usus yang terperangkap dan menekan masuk pembukaan berupa kantung di dalam kawasan groin akan menyekat makanan daripada memasuki sistem pencernaan.
“Jika tisu-tisu yang terperangkap itu tidak dapat dikeluarkan, hernia tidak boleh dikurangkan dan memerlukan pembedahan segera,’’ kata Dr. Ahmad Zulkiflee.
Komplikasi hernia yang paling bahaya terhadap kanak-kanak adalah hernia tercekik atau terjerut (Strangulated Hernia) di mana ia boleh menyebabkan kematian.
Sementara itu, hernia diaphragma iaitu satu bukaan kecil pada diafragma (otot nipis bermembran berbentuk kubah yang memisahkan ruang-ruang torasik dan abdomen yang memainkan peranan penting dalam pernafasan), menyebabkan bahagian atas perut naik ke atas ke bahagian dada.
Menurut Dr. Ahmad Zulkiflee, dianggarkan seorang daripada 5,000 kelahiran mengalami hernia jenis ini.
Pembedahan
Rawatan moden satu-satunya kaedah yang dapat menyelesaikan masalah bayi yang mengalami hernia. Jika ibu bapa takut dan tidak mahu mengambil apa-apa tindakan atau hanya mencuba kaedah mengurut, besar kemungkinan hernia itu lebih parah.
Bayi tersebut mungkin perlu dibawa ke hospital dan menjalani pembedahan kecemasan.
“Pembedahan untuk pemulihan, bukannya kemudaratan. Bayangkan jika hernia itu dibiarkan. Ia akan membesar dan menolak buah zakar dan zakar ke belakang. Lama-kelamaan ia akan merosakkan alat kelamin bayi. Jadi, pembedahan adalah lebih baik,” katanya.
Hernia pusat yang terjadi kepada bayi jarang menyekat atau menjerut, tidak seperti orang dewasa.
Kebanyakan hernia pusat, sekalipun yang besar akan tertutup sendiri apabila usia kanak-kanak mencecah dua tahun. Doktor biasanya akan menasihatkan ibu bapa supaya tunggu dan lihat sahaja dulu, daripada terus membedahnya.
“Pembedahan hanya akan di jalankan jika saiz hernia mencecah dua sentimeter,” ujarnya.
Pada anak-anak, doktor akan melakukan palpasi dengan cara meraba isi hernia tersebut dengan hujung jari, bagi memastikan sama ada ia boleh dimasukkan semula ke dalam perut atau sebaliknya.
Rawatan yang akan dilakukan bergantung kepada pemeriksaan tersebut. Kebiasaannya doktor akan mengambil masa sejam bagi mengesan penyakit tersebut dan pembedahan kecemasan akan dijalankan jika perlu.
Pembedahan juga tidak mengambil masa lama iaitu kira-kira 15 minit sekiranya hernia tersebut tidak berada di tahap risiko yang tinggi.
“Pembedahan segera perlu dilakukan jika ia hernia inkarserat dan terjerut kerana bahagian tersebut membusuk dan menjadi sumber infeksi ke seluruh dinding usus (peritonitis). Akibat yang lebih buruk adalah kematian.
“Dalam pembedahan tersebut, usus yang termasuk ke kerandut akan diletakkan kembali ke dalam perut dan ruang di antara perut dan kerandut akan diperkukuhkan,’’ jelas Dr. Ahmad Zulkiflee lagi.
Kesimpulannya kata beliau, kanak-kanak perlu mendapatkan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi dan jangan mengurut hernia kerana ia adalah sangat berbahaya.
“Tekanan ke atas hernia boleh menyebabkan organ-organ berkenaan pecah dan boleh menyebabkan jangkitan kuman dan membawa maut,’’ tegasnya. 

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1225&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_04.htm#ixzz3Lvd2pnIB 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


ummi harap dan berdoa semoga operation wafi berjalan lancar ...inshAllah...
anak ummi strong kan..

Sunday, November 30, 2014

Wafi? Hernia?

Hati seorang ummi bagai disiat2.. ummi sedih lg.. ummi cengeng..ummi lemah betul bila melibatkan anak2 ummi ni.. yela.. bila anak2 ummi sakit..ummi pun turut merasainya.. 9 bulan ummi bwk anak2 ummi..

 semuanya terjadi..pagi tadi lepas ummi mandikan wafi..abi pakaikan pampers. Abi pgl ummi..abi ckp ade benjolan dkt ari2 wafi...berderau jugakla tgk..ummi pun pgl wan yah..wan yah ckp angin pasang..mcm nk pengsan.. ummi tried my best to b calm...ummi ty wan yah seterika..n amek napkin..panaskan kejap..n tuam dkt benjol tu..barulah nmpk surut..atuk k n wan yah contact sedara belah abi nk ty psl berurut... n ummi terus msg wanwan yg otw g arau convo chu na.wanwan terkejut n sedih.

Ummi ajak abi g klinik dulu br g berubat ke ape.ummi nk dgr dr mulut dr dulu..bukan x caya g berubat cara tradisional..biarlah kite puas ati n sahkan betul2.klinik pakar byk tutup hari ahad. ummi n abi bawak g aniza medixal centre dkt bukit beruntung kononnya situ ade buat khatan jd mestilah doktor tu tau.sampai sana.doktor suruh refer to hospital pakar kanak kanak.dia kata tak boleh dibiarkan lama..sbb melibatkan nyawa. Nak bwk g hospital pun..harini xde doktor pakar.
 abi bawak wafi berubat dekat kuang. Sepanjang perjalanan ummi diam je.serabut kepala ummi.sakit kepala ummi macam kene hempap batu..nenek tu urut bahagian ari2 wafi. Nenek bidan tu ckp esok kene dtg lg..n next week kalau x ok gak.. kene amek uri wafi n ape ntah lg..ummi dah xdgr sbb ummi mcm tak setuju je kene korek balik uri wafi..ish..bukanlah ummi tak caya nenek bidan tu..tapi........... ntahlah..ummi diamkan je la..

Bila smpiumah..ummi still xckp ape..bila abi ty..just ummi ckp..ummi nk bwk wafi g hospital...kalo abi xnk bwk..ummi boleh g sendiri..abi tediam n setuju kalo mlm ni tak ok..esok g hospital.. n sepjg masa ummi google.. n terus google psl wafi ni..penyakit wafi ni dinamakan hernia..n org tua-tua pgl angin pasang..penyakithernia ni boleh diubati dgn operate...lagi skali lemah lutut ummi bila bace kene operate..walaupun operate minor je..tetap cuakk..ya Allah..ini lah dugaan utk kita sekeluarga..disaat ummi lagi 3 hari nak habis pantang..disaat wafi baru je 41hari bersama ummi.. tak sanggup nk tgk bdn kecik wafi kene operate.













Tuesday, November 25, 2014

Freezer Weezer dah sampai!!

Whee... freezer dah sampai.. pantas betul lazada ni.. highly recommended utk shopping..
Tahniah lazada kerana berjaya mengurangkan duit ummi... hahaha
Tadaa.. welcome home freezer..selamat berkhidmat kepada kami..

Performance keisha

Harini anak ummi keisha buat performace kt tunas kijang..
ummi xdpt dtg tgk sbb ummi still dlm pantang
ummi doakan keisha dpt buat yg terbaik.. even performance for infant just simple.. keisha jd flower.. ummi tetap rase terkilan xdpt g tgk..

anak ummi keisha can do it.. go..go.go.. ummi suruh abi tgkp gamba byk2..
n menyorok jgn bg keisha nmpk..takut keisha xnk continue perform atas stage kalo nmpk abi.. hahaha..

Saturday, November 22, 2014

Wafi dah sebulan

Harini genapla anak ummi Wafi sebulan..
Smlm Wafi g DEMC utk cucuk buat kali pertama.. baby boy ummi steady la.. jerit kejap..pastu ok da..

Gamba mn gamba? Blum bleh post lg menurut kata abi..kte turuti la kn..sdgkn kt demc tu ummi da byk da tgkp gamba..masih dlm simpanan..

Ohh..ckp psl gmbr..laptop abi rosak..xbleh on..ohhh..sgt nightmare..sbb byk gamba dlm tu..
Abes sumenye...da la ummi plan nk photobook kn..huhuhu.. syggg nyeee..
Yg tgl kt fb,insta,fon abi je la..tu psl kene upload cecepat..hal hal cmni la yg ummi takutkn.. huhuhu..

P/s: good news.. td ummi naik ats ..nmpk penimbang..ummi pun timbang... auwww..
Nk tau bape berat ummi turun..hihihi..
Hr last pregnantkn wafi berat ummi 78kg
N noww..
Ok..td bgtau abi..die xpuas ati..die kate mmg la..berat wafi aritu..okla..nk sgt tolak kn.berat wafi 2.8kg..
Nk tolak ape lg..air ketuban? Berat uri? Haha..
Xkisahla abi nk suruh tolak ape lg..
Yg pentng berat ummi skang adlh....adlh..
62kg....diulangi 62kg..
Siesly mcm xcaye..

Tp..tp..its too early nk excited..time pantang bi leh la bangga berat byk turun..pas pantang nnt tu challenging..da la birthday ummi kn..mssti la abi nk blanje sesedap.. *hint utk abi..hihihi

Monday, November 17, 2014

Ongkosnye berapa?

dah beberapa org gak ty berapa kos bersalin czer kt PMC (Putra Medical Centre) Sg Buloh ni..

haa.. meh ummi nak share kos perbelanjaan bersalin secara czer untuk kedua2 anak ummi di PMC ni..

tahun 2012 (time lahirkan keisha)
kos nya menelan belanja RM6800

tahun 2014 (time lahirkan Wafi)
kos sebanyak RM6400

aikk.. nape bersalin Keisha lg mahal dr Wafi..

meh kite detail out..
kos bersalin czer kt PMC ni.. starting rm6000 which is consider murah la gak compared to other hospitals.. yela..mane nk lawan hospital yg ngadap KLCC tu..

masa bersalin Keisha
ummi masuk hari Rabu..
Keisha bersalin hari Khamis
mlm tu ummi duduk bilik share 4 org..
lepas bersalin Keisha.. abi try minta bilik single/Suite..
alhamdulillah..ade kekosongan kt bilik Suite.
disbbkn wan-wan time ni nak kene anta chu na g Arau..
ummi minta extend semalam..supposedly ummi da boleh discharge Sabtu..
so Ahad baru kuar..
Khamis - Ahad ( 4hr 3 malam) - bilik Suite
campur dgn Rabu malam Khamis (bilik share tu)
consider murah la kan..
bilik Suite selesa..ade sofa pjg yg abi bleh tdo..

masa bersalin Wafi plak..
ummi masuk hari Rabu..Wafi kuar pun Rabu..
ummi discharge hari Jumaat
Rabu - Jumaat (3 hari 2 mlm)
bilik single.. bilik Suite dah penuh
ape beza bilik single ngan bilik suite?
bilik single kecik skit..
n sofa pun bukan sofa pjg..
sakit gak la bdn abi nk tdo..
sian dia..

tu la serba sedikit psl kos pembedahan di Putra Medical Centre..

uncle A ckp.. still murah sgt.. compared to masa Ashraf n Arisha.. dowang bersalin kt Pusrawi..
dowang pun bersalin czer gak..
masa Ashraf kene RM8000 
tu 7 tahun lepas.. hmm tahun 2007 kot

masa Arisha plak.. kene RM11000
sbb aunty A ade complication..
tu pun tahun 2010..

peghh.betul..murah gak la..
byknye duit nk guna kan..untung sape yg bersalin normal.. 
masa keisha ummi mmg da ketepikan duit bonus Perodua..incase ape2.. even masa tu Doc Ratna mmg confident ummi boleh bersalin normal.. sbb everything is ok.. kedudukan keisha pun elok n normal.. tp apakan daya .. Allah lebih mengetahui.. 

masa Wafi plak.. ummi dah kerja Bank Negara..
alhamdulillah.. Bank Negara cover.. tu pun.. cover lepas utk PMC je la..
nk g hospital ngadap KLCC tu mmg xlepas la..
BNM cover utk czer up to RM7K.. so kalo nk g hospital ngadap KLCC tu sila la tambah sendri..hahaha

tp..so far ummi puas ati ngn PMC ni..
byk gak perubahan dr time keisha n wafi ni
time keisha dulu.. nurse2 die susah nk senyum.. x friendly..
tp time wafi.. boleh la dikatakn friendly..
n bile discharge dpt bunga n goodie bag lg dr PMC..wow..not bad..

Sunday, November 16, 2014

Frozen Freezer?

frozen?? ni bukan psl cite frozen yg keisha slalu nyanyi dgr part "let it go" je yg kuat, jelas dan nyata..
part lain sume ikut bahasa keisha je..hahah.. nnt ade mase ummi upload video keisha nyanyi..
adehh.. keisha...keisha..

ehhh..ni bukan nk cite psl keisha nyanyi..
ni nk cite psl stok ebm susu Wafi..

alhamdulillah..rezeki Wafi..
masa keisha dulu breastfeed gak..cume ummi xde ilmu sgt time tu.. buat stok pun ala kadar je..
da nk start keje baru ummi berhempas pulas buat stok..

tp kalini..seminggu pas bersalin..ummi da start buat stok..yg jd mangsa wan-wan nye fridge..
ni wanwan da bising..xde tmpt nk letak ikan da..huhu..
so bermulala pencarian freezer.. skang dlm dilema..nk beli vertical chest freezer ke chest freezer?

beza dia..
vertical chest freezer tu jenis macm fridge..pintu tepi..

yg chest freezer tu..
jenis mcm kedai aiskrim..buka atas.

ikutkan vertical chest freezer ni lg convenient..sbb die jenis drawer..senang nk organize..
yg chest freezer tu kene tunduk bongkok nk susun2.. pastu kene plak susun first in first out..payah la plak..

tp vertical freezer ni limited skit space die..yela..sbb drawer2 tu da makan space..
ape? xleh bygkn lg? meh blanje gamba skit...haa..ni la rupenye..

credit to : petuapakar.blogspot.com

ummi pun google nye google..sume org kate size2 cmtu xcukup.. haa..dtg plak tamak ummi ni.. nk beli ni plak..
haa..over x? ni da mcm beli fridge 2 pintu je..haha..
ummi siap fikir planning jangka pjg..
kalo Wafi da besar,..da x minum ebm..
ummi nk buka bisnes...jual eskrem..xpun frozen food..
haa..tinggi x cite2 ummi..

yela..kire beli freezer ni pelaburan jangka pjgla..

tp..setelah difikir2..n setelah mengambil kire pelbagai aspek..kita stick la ke plan asal..beli kecik je la dulu..
sok kalo rezeki Wafi murah..kite jual seconhand n br beli besar..

ok..xsabar nk beli..weheee..