Pages

Ads 468x60px

Labels

Sunday, December 14, 2014

Wafi Kena Operate Hernia

esok wafi kene admit da..rabu 17th dec wafi operate..

sejak wafi kene hernia tu.. ummi just nk tarikh 17th dec je.. ummi sentiasa berharap cepatla masa berlalu..
ummi n abi decided utk proceed dgn operation wafi. yela utk kebaikan dan utk masa depan wafi. ummi pk.. kalo xoperate skang.. nnt ummi n abi da la keje.. wafi dok taska...sape la yg nk monitor wafi personally.. nnt kalo jadi pape kat wafi.. cmne..

dan lepas dgr penjelasan dr pakar bedah kanak kanak Dr. Ahmad Zulkiflee Laidin dekat Sime Darby Medical Centre tu... ummi pun lega skit.. even doktor tu dah memang berpengalaman kes2 cmni.. n doktor tu penah operate lg muda..baby yg baru lahir.. lepas balik tu mmg setiap hari ummi akan google psl doktor tu.. ade tak org yg penah experience kes yg sama tulis dlm blog.. huhuh.. hati seorang ibu..sape la yg xrisau.. ade bagusnye org yg tulis blog ni.. bukan syok sendri tau.. sebenarnye org yg tulis blog ni secara tak langsung dah bantu org lain dgn ceritakan pengalaman dia..n secara tak langsung gak org tu da bg comfort kt ummi ni.. n ummi harap gak someone out there yg ade kes macam ni jumpe blog ummi.. n biarlah ummi plak comfortkan dia..

ni meh ummi amek skit petikan dr kenyataan doktor tu :


HERNIA merupakan gangguan kesihatan yang umumnya dideritai oleh kaum Adam. Sekalipun insidennya lebih banyak menyerang orang dewasa, ia juga kerap terjadi di kalangan kanak-kanak.
Walaupun hernia tiada kaitan dengan masalah angin, tetapi ia turut mendapat jolokan di kalangan masyarakat kita sebagai penyakit angin pasang.
Hernia diambil daripada perkataan Latin, herniae yang membawa maksud penonjolan keluar organ atau tisu yang lembut melalui bukaan otot yang lemah pada bahagian abdomen. Ia kelihatan seperti bonjolan kecil pada kulit dan akan jelas kelihatan semasa anak batuk atau menggeliat.
Punca
Pada bayi dan anak-anak, hernia merupakan keadaan bawaan sejak lahir (kongenital). Bonjolan hernia biasanya berisi cairan dan tidak semestinya hernia inguinal yang berisi bahagian usus
Terdapat dua jenis hernia yang biasa terjadi pada kanak-kanak, iaitu hernia umbilikal pada bahagian pusat dan hernia inguinal yang terjadi di sekitar pangkal paha di mana abdomen bertemu bahagian atas paha.
Hernia pusat berlaku pada sesetengah bayi yang memang dilahirkan dengan kelemahan atau bukaan pada bahagian otot-otot abdomen di sekitar pusat di bawah kulit, yang mana sesetengah membran abdomen atau usus kecil menjulur keluar melaluinya.
Bengkakan lembut yang terjadi ini boleh dilihat dengan jelas apabila bayi menangis, meneran, batuk atau menggeliat.
Hernia inguinal pula, selalunya disebabkan oleh penonjolan gelungan usus atau lipatan membran daripada abdomen atau ovari atau salur falopian bagi kanak-kanak perempuan, melalui pembukaan masuk ke bahagian groin.
Bengkak dalam bahagian groin timbul terutamanya apabila kanak-kanak menangis, batuk atau berdiri.
“Bagi kanak-kanak lelaki dianggarkan seorang bayi daripada 40 kelahiran mengalami hernia jenis ini,’’ ujarnya.
Tambahnya, terdapat pelbagai komplikasi hernia antaranya Irreducible Hernia, di mana hernia tidak dapat dikembalikan ke tapak normal.
Hernia inkarserat (Obstructed Hernia) pula berkemungkinan boleh menyebabkan berlakunya penyumbatan. Contohnya, gelungan usus yang terperangkap dan menekan masuk pembukaan berupa kantung di dalam kawasan groin akan menyekat makanan daripada memasuki sistem pencernaan.
“Jika tisu-tisu yang terperangkap itu tidak dapat dikeluarkan, hernia tidak boleh dikurangkan dan memerlukan pembedahan segera,’’ kata Dr. Ahmad Zulkiflee.
Komplikasi hernia yang paling bahaya terhadap kanak-kanak adalah hernia tercekik atau terjerut (Strangulated Hernia) di mana ia boleh menyebabkan kematian.
Sementara itu, hernia diaphragma iaitu satu bukaan kecil pada diafragma (otot nipis bermembran berbentuk kubah yang memisahkan ruang-ruang torasik dan abdomen yang memainkan peranan penting dalam pernafasan), menyebabkan bahagian atas perut naik ke atas ke bahagian dada.
Menurut Dr. Ahmad Zulkiflee, dianggarkan seorang daripada 5,000 kelahiran mengalami hernia jenis ini.
Pembedahan
Rawatan moden satu-satunya kaedah yang dapat menyelesaikan masalah bayi yang mengalami hernia. Jika ibu bapa takut dan tidak mahu mengambil apa-apa tindakan atau hanya mencuba kaedah mengurut, besar kemungkinan hernia itu lebih parah.
Bayi tersebut mungkin perlu dibawa ke hospital dan menjalani pembedahan kecemasan.
“Pembedahan untuk pemulihan, bukannya kemudaratan. Bayangkan jika hernia itu dibiarkan. Ia akan membesar dan menolak buah zakar dan zakar ke belakang. Lama-kelamaan ia akan merosakkan alat kelamin bayi. Jadi, pembedahan adalah lebih baik,” katanya.
Hernia pusat yang terjadi kepada bayi jarang menyekat atau menjerut, tidak seperti orang dewasa.
Kebanyakan hernia pusat, sekalipun yang besar akan tertutup sendiri apabila usia kanak-kanak mencecah dua tahun. Doktor biasanya akan menasihatkan ibu bapa supaya tunggu dan lihat sahaja dulu, daripada terus membedahnya.
“Pembedahan hanya akan di jalankan jika saiz hernia mencecah dua sentimeter,” ujarnya.
Pada anak-anak, doktor akan melakukan palpasi dengan cara meraba isi hernia tersebut dengan hujung jari, bagi memastikan sama ada ia boleh dimasukkan semula ke dalam perut atau sebaliknya.
Rawatan yang akan dilakukan bergantung kepada pemeriksaan tersebut. Kebiasaannya doktor akan mengambil masa sejam bagi mengesan penyakit tersebut dan pembedahan kecemasan akan dijalankan jika perlu.
Pembedahan juga tidak mengambil masa lama iaitu kira-kira 15 minit sekiranya hernia tersebut tidak berada di tahap risiko yang tinggi.
“Pembedahan segera perlu dilakukan jika ia hernia inkarserat dan terjerut kerana bahagian tersebut membusuk dan menjadi sumber infeksi ke seluruh dinding usus (peritonitis). Akibat yang lebih buruk adalah kematian.
“Dalam pembedahan tersebut, usus yang termasuk ke kerandut akan diletakkan kembali ke dalam perut dan ruang di antara perut dan kerandut akan diperkukuhkan,’’ jelas Dr. Ahmad Zulkiflee lagi.
Kesimpulannya kata beliau, kanak-kanak perlu mendapatkan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi dan jangan mengurut hernia kerana ia adalah sangat berbahaya.
“Tekanan ke atas hernia boleh menyebabkan organ-organ berkenaan pecah dan boleh menyebabkan jangkitan kuman dan membawa maut,’’ tegasnya. 

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1225&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_04.htm#ixzz3Lvd2pnIB 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


ummi harap dan berdoa semoga operation wafi berjalan lancar ...inshAllah...
anak ummi strong kan..

Sunday, November 30, 2014

Wafi? Hernia?

Hati seorang ummi bagai disiat2.. ummi sedih lg.. ummi cengeng..ummi lemah betul bila melibatkan anak2 ummi ni.. yela.. bila anak2 ummi sakit..ummi pun turut merasainya.. 9 bulan ummi bwk anak2 ummi..

 semuanya terjadi..pagi tadi lepas ummi mandikan wafi..abi pakaikan pampers. Abi pgl ummi..abi ckp ade benjolan dkt ari2 wafi...berderau jugakla tgk..ummi pun pgl wan yah..wan yah ckp angin pasang..mcm nk pengsan.. ummi tried my best to b calm...ummi ty wan yah seterika..n amek napkin..panaskan kejap..n tuam dkt benjol tu..barulah nmpk surut..atuk k n wan yah contact sedara belah abi nk ty psl berurut... n ummi terus msg wanwan yg otw g arau convo chu na.wanwan terkejut n sedih.

Ummi ajak abi g klinik dulu br g berubat ke ape.ummi nk dgr dr mulut dr dulu..bukan x caya g berubat cara tradisional..biarlah kite puas ati n sahkan betul2.klinik pakar byk tutup hari ahad. ummi n abi bawak g aniza medixal centre dkt bukit beruntung kononnya situ ade buat khatan jd mestilah doktor tu tau.sampai sana.doktor suruh refer to hospital pakar kanak kanak.dia kata tak boleh dibiarkan lama..sbb melibatkan nyawa. Nak bwk g hospital pun..harini xde doktor pakar.
 abi bawak wafi berubat dekat kuang. Sepanjang perjalanan ummi diam je.serabut kepala ummi.sakit kepala ummi macam kene hempap batu..nenek tu urut bahagian ari2 wafi. Nenek bidan tu ckp esok kene dtg lg..n next week kalau x ok gak.. kene amek uri wafi n ape ntah lg..ummi dah xdgr sbb ummi mcm tak setuju je kene korek balik uri wafi..ish..bukanlah ummi tak caya nenek bidan tu..tapi........... ntahlah..ummi diamkan je la..

Bila smpiumah..ummi still xckp ape..bila abi ty..just ummi ckp..ummi nk bwk wafi g hospital...kalo abi xnk bwk..ummi boleh g sendiri..abi tediam n setuju kalo mlm ni tak ok..esok g hospital.. n sepjg masa ummi google.. n terus google psl wafi ni..penyakit wafi ni dinamakan hernia..n org tua-tua pgl angin pasang..penyakithernia ni boleh diubati dgn operate...lagi skali lemah lutut ummi bila bace kene operate..walaupun operate minor je..tetap cuakk..ya Allah..ini lah dugaan utk kita sekeluarga..disaat ummi lagi 3 hari nak habis pantang..disaat wafi baru je 41hari bersama ummi.. tak sanggup nk tgk bdn kecik wafi kene operate.













Tuesday, November 25, 2014

Freezer Weezer dah sampai!!

Whee... freezer dah sampai.. pantas betul lazada ni.. highly recommended utk shopping..
Tahniah lazada kerana berjaya mengurangkan duit ummi... hahaha
Tadaa.. welcome home freezer..selamat berkhidmat kepada kami..

Performance keisha

Harini anak ummi keisha buat performace kt tunas kijang..
ummi xdpt dtg tgk sbb ummi still dlm pantang
ummi doakan keisha dpt buat yg terbaik.. even performance for infant just simple.. keisha jd flower.. ummi tetap rase terkilan xdpt g tgk..

anak ummi keisha can do it.. go..go.go.. ummi suruh abi tgkp gamba byk2..
n menyorok jgn bg keisha nmpk..takut keisha xnk continue perform atas stage kalo nmpk abi.. hahaha..

Saturday, November 22, 2014

Wafi dah sebulan

Harini genapla anak ummi Wafi sebulan..
Smlm Wafi g DEMC utk cucuk buat kali pertama.. baby boy ummi steady la.. jerit kejap..pastu ok da..

Gamba mn gamba? Blum bleh post lg menurut kata abi..kte turuti la kn..sdgkn kt demc tu ummi da byk da tgkp gamba..masih dlm simpanan..

Ohh..ckp psl gmbr..laptop abi rosak..xbleh on..ohhh..sgt nightmare..sbb byk gamba dlm tu..
Abes sumenye...da la ummi plan nk photobook kn..huhuhu.. syggg nyeee..
Yg tgl kt fb,insta,fon abi je la..tu psl kene upload cecepat..hal hal cmni la yg ummi takutkn.. huhuhu..

P/s: good news.. td ummi naik ats ..nmpk penimbang..ummi pun timbang... auwww..
Nk tau bape berat ummi turun..hihihi..
Hr last pregnantkn wafi berat ummi 78kg
N noww..
Ok..td bgtau abi..die xpuas ati..die kate mmg la..berat wafi aritu..okla..nk sgt tolak kn.berat wafi 2.8kg..
Nk tolak ape lg..air ketuban? Berat uri? Haha..
Xkisahla abi nk suruh tolak ape lg..
Yg pentng berat ummi skang adlh....adlh..
62kg....diulangi 62kg..
Siesly mcm xcaye..

Tp..tp..its too early nk excited..time pantang bi leh la bangga berat byk turun..pas pantang nnt tu challenging..da la birthday ummi kn..mssti la abi nk blanje sesedap.. *hint utk abi..hihihi

Monday, November 17, 2014

Ongkosnye berapa?

dah beberapa org gak ty berapa kos bersalin czer kt PMC (Putra Medical Centre) Sg Buloh ni..

haa.. meh ummi nak share kos perbelanjaan bersalin secara czer untuk kedua2 anak ummi di PMC ni..

tahun 2012 (time lahirkan keisha)
kos nya menelan belanja RM6800

tahun 2014 (time lahirkan Wafi)
kos sebanyak RM6400

aikk.. nape bersalin Keisha lg mahal dr Wafi..

meh kite detail out..
kos bersalin czer kt PMC ni.. starting rm6000 which is consider murah la gak compared to other hospitals.. yela..mane nk lawan hospital yg ngadap KLCC tu..

masa bersalin Keisha
ummi masuk hari Rabu..
Keisha bersalin hari Khamis
mlm tu ummi duduk bilik share 4 org..
lepas bersalin Keisha.. abi try minta bilik single/Suite..
alhamdulillah..ade kekosongan kt bilik Suite.
disbbkn wan-wan time ni nak kene anta chu na g Arau..
ummi minta extend semalam..supposedly ummi da boleh discharge Sabtu..
so Ahad baru kuar..
Khamis - Ahad ( 4hr 3 malam) - bilik Suite
campur dgn Rabu malam Khamis (bilik share tu)
consider murah la kan..
bilik Suite selesa..ade sofa pjg yg abi bleh tdo..

masa bersalin Wafi plak..
ummi masuk hari Rabu..Wafi kuar pun Rabu..
ummi discharge hari Jumaat
Rabu - Jumaat (3 hari 2 mlm)
bilik single.. bilik Suite dah penuh
ape beza bilik single ngan bilik suite?
bilik single kecik skit..
n sofa pun bukan sofa pjg..
sakit gak la bdn abi nk tdo..
sian dia..

tu la serba sedikit psl kos pembedahan di Putra Medical Centre..

uncle A ckp.. still murah sgt.. compared to masa Ashraf n Arisha.. dowang bersalin kt Pusrawi..
dowang pun bersalin czer gak..
masa Ashraf kene RM8000 
tu 7 tahun lepas.. hmm tahun 2007 kot

masa Arisha plak.. kene RM11000
sbb aunty A ade complication..
tu pun tahun 2010..

peghh.betul..murah gak la..
byknye duit nk guna kan..untung sape yg bersalin normal.. 
masa keisha ummi mmg da ketepikan duit bonus Perodua..incase ape2.. even masa tu Doc Ratna mmg confident ummi boleh bersalin normal.. sbb everything is ok.. kedudukan keisha pun elok n normal.. tp apakan daya .. Allah lebih mengetahui.. 

masa Wafi plak.. ummi dah kerja Bank Negara..
alhamdulillah.. Bank Negara cover.. tu pun.. cover lepas utk PMC je la..
nk g hospital ngadap KLCC tu mmg xlepas la..
BNM cover utk czer up to RM7K.. so kalo nk g hospital ngadap KLCC tu sila la tambah sendri..hahaha

tp..so far ummi puas ati ngn PMC ni..
byk gak perubahan dr time keisha n wafi ni
time keisha dulu.. nurse2 die susah nk senyum.. x friendly..
tp time wafi.. boleh la dikatakn friendly..
n bile discharge dpt bunga n goodie bag lg dr PMC..wow..not bad..

Sunday, November 16, 2014

Frozen Freezer?

frozen?? ni bukan psl cite frozen yg keisha slalu nyanyi dgr part "let it go" je yg kuat, jelas dan nyata..
part lain sume ikut bahasa keisha je..hahah.. nnt ade mase ummi upload video keisha nyanyi..
adehh.. keisha...keisha..

ehhh..ni bukan nk cite psl keisha nyanyi..
ni nk cite psl stok ebm susu Wafi..

alhamdulillah..rezeki Wafi..
masa keisha dulu breastfeed gak..cume ummi xde ilmu sgt time tu.. buat stok pun ala kadar je..
da nk start keje baru ummi berhempas pulas buat stok..

tp kalini..seminggu pas bersalin..ummi da start buat stok..yg jd mangsa wan-wan nye fridge..
ni wanwan da bising..xde tmpt nk letak ikan da..huhu..
so bermulala pencarian freezer.. skang dlm dilema..nk beli vertical chest freezer ke chest freezer?

beza dia..
vertical chest freezer tu jenis macm fridge..pintu tepi..

yg chest freezer tu..
jenis mcm kedai aiskrim..buka atas.

ikutkan vertical chest freezer ni lg convenient..sbb die jenis drawer..senang nk organize..
yg chest freezer tu kene tunduk bongkok nk susun2.. pastu kene plak susun first in first out..payah la plak..

tp vertical freezer ni limited skit space die..yela..sbb drawer2 tu da makan space..
ape? xleh bygkn lg? meh blanje gamba skit...haa..ni la rupenye..

credit to : petuapakar.blogspot.com

ummi pun google nye google..sume org kate size2 cmtu xcukup.. haa..dtg plak tamak ummi ni.. nk beli ni plak..
haa..over x? ni da mcm beli fridge 2 pintu je..haha..
ummi siap fikir planning jangka pjg..
kalo Wafi da besar,..da x minum ebm..
ummi nk buka bisnes...jual eskrem..xpun frozen food..
haa..tinggi x cite2 ummi..

yela..kire beli freezer ni pelaburan jangka pjgla..

tp..setelah difikir2..n setelah mengambil kire pelbagai aspek..kita stick la ke plan asal..beli kecik je la dulu..
sok kalo rezeki Wafi murah..kite jual seconhand n br beli besar..

ok..xsabar nk beli..weheee..


Wednesday, November 12, 2014

Talk To My Ummi's Hand


nape plak tetibe nk kene talk to my ummi's hand?
awat ummi ni arini emosi plak?
haaa.. ni bukan sbb arini je emosi..
da lama da pendam..

disbbkan anak2 ummi ni dua2 c-zer..
adalah insan2 yg rasa-dia-sgt-sempurna-luar-dalam-tu yg terlebih prihatin kt ummi..
"laa..c-zer lagi?"
"ko ni..xmerasa la normal ye?..normal la bagus.."
 "aku dulu..semua anak aku normal.."
"anak aku senang je kuar..push2.. da kuar..doctor pun xsempat nk tunggu"

ewah..ewah.. ingat semua org nk sgt ke czer ni?
kalo bersalin normal je bagus.. org bersalin czer xbagus ke?

haih..ni la die..org yg lupa sape yg memudahkan dowang bersalin normal..
ingat kalo bukan dgn izin-Nya kowang yg "rasa-dia-sgt-sempurna-luar-dalam-tu" boleh bersalin normal dgn mudahnya? hohoho..

kadang2 kite ckp main ikut sedap mulut je tanpa pk perasaan org lain..
ini peringatan utk ummi gak.. n utk anak2 ummi nnt..

org tu czer ade sebabnye.. kalo dah berak dlm perut? xkan ummi nk menggedik lg..nk berkeras ati lg bersalin normal..xkn nk menggadaikan nyawa anak ummi yg dah dikandungkan 9 bulan?
biarlah org nk kata ape..yg penting anak2 ummi selamat..sihat..

oh..bila ummi ckp psl anak2 ummi berak dlm perut..ade lg yg suara sumbang..
"oh..berak dlm perut ke?..hmm..budak kalo berak dlm perut..otak dia lain skit.."

peghh..xde alas lapik langsung..nak je ummi ikat mulut dia ngan lapik meja ni..
siapa ko utk tentukan otak anak2 ummi? ok..ni da terlebih emosi..
tarik nafas..istifar byk2..

tak paham betul ummi..
napa org ckp ikut sedap rasa je? tanpa pk perasaan org lain?
ni ada lagi beberapa soalan yg slalu je org ckp tanpa pk perasaan org lain..

situasi bila belum kahwin
- " bila nak kahwin?"
- "ko tak rase ke ko da tua n xkawen lg..kwn2 ko sume da anak dua tiga da"
(ingat dowang tu saje2 ke xnk kawen..sume org nak kawen.. hanya masa n jodoh je belum smpi lgi..)

situasi bila dah kahwin
- "bila nk dpt anak?" (sdgkan org tu br kawen 4-5 bulan..lgpun rezeki kan di tgn Allah)
- "ko taknak try ke produk ni..kwn aku makan terus dpt anak"
(ko xyah la pepandai nk suggest itu ini..ko tatau ape masalah dowang..unless ko mmg diminta utk suggest..kalo tak xyah la pandai2..)

situasi bila da lahir baby
- "bersalin normal ke czer?"
- "keciknye baby ko..makan xcukup ye"
- "besarnye baby ko..ko makan ape"
- " ko breastfeed x? la..nape xbreastfeed? anak aku dulu semua breastfeed"

situasi bila jumpe anak2 org
- " anak ko da tumbuh gigi x?.. laa..lambatnye..anak aku da 4 btg da.."
- "anak ko da pandai jalan? laa..nape xpandai jalan lagi..ko cuba produk ni..cepat je jalan"
- "anak ko xmo makan? memilih makan? tgk anak aku tu..sume mkn..tolak batu kayu je.."
- disuapnye mknn kt baby tanpa minta izin parentnye..bila dihalang.."laa..ko jaga sgt bg dia mkn..mn budak tak memilih mkn..bg je dia mkn.." amboi...kowang tatau..anak dia allergic ke ape..takkn nk main sumbat je..

situasi bila anak satu..
- "bila nk tambah lagi...dia nk adik tu.."

situasi bila pregnant jarak dekat ngn yg first plak..
- "sian budak tu..xcukup kasih syg lg.."
- "amboi..kowang xplan ke? dekannye jarak..

situasi bila mak bukan housewife
- "nnt lepas pantang sape jaga?" taska ke umah org?
- "lebih baik jaga sendiri drpd bg org jaga.."
- "benti jela kerja.. jaga anak.."
amboii...senangnye..n semudah itu..ko tatau ape masalah dowang ke..planning dowang ke..senang2 je..

nilah namanye kehidupan..kite sentiasa dikelilingi dgn org2 yg mcm ni,,
so far,..kalo ummi kene berhadapan ngn situasi cmni..
ummi buat senyum kambeng je.. masuk telinge kiri kuar ikut bontot.. kentutlaa org2 cmni.. ehhhh..

Tuesday, November 11, 2014

Keisha and Wafi on Instagram??

ha..yg ni masih dlm pembikinan..
bajet artis la sgt kan..
satu ummi terpengaruh dgn lara.alaana la ni..anak scha n awal ashaari..
ade instagram bagai..
pastu plak aunty paa buat utk baby izz.danial..
pastu aunty vero n noya ade gak utk baby sara n baby ali..

hmm..
ummi pk pun..xsalah nk buat gak..
kire blog ni utk anak2 ummi bace one day.. which is hopefully ummi gagah utk teruskan blog ni..

yg instagram tu plak ala2 mcm album wafi n keisha..
incase la sume gamba2 wafi n keisha da ilang dlm laptop n fon ummi n abi..
still ade backup kan..

sume pun ummi pk lepas fon HTC ummi rosak..
sedih sgt..
dlom tu byk sgt gamba keisha..
dr baby..time ummi pantang..lg la byk ummi snap..
abes sume..
huhuhu

keisha nye instagram : keishashakirah
wafinye instagram : wafishakir

both ummi xopen to public..
nnt sape nk follow..boleh la request..

tp target ummi pun bukan nk open to public..
utk kwn2 rapat, sanak saudara n kaum famili yg nak tau perkembangan keisha n wafi..

semoga ummi konsisten nk update blog n instagram..
mcm byk sgt la free time ummi kan..
skang ni bleh la..tgh pantang..
heheheheh

Sunday, November 9, 2014

Keisha Jadi Flower?

keisha 1st performance..
tp ummi xdpt nk tgk sbb ummi dlm pantang lagi,,
teacher keisha ckp keisha jd flower..
hahaha..cmne la anak ummi ni jd flower..?
nampaknye abi je la yg tgk performance Keisha..
byk pesanan ummi kat abi..

"jgn lupe tgkp gamba keisha byk2 tau"
"jgn tgkp gamba depan2 smpi die nampk..nnt takut die xnk perform plak"

disbbkan keisha ade performnce..
ummi n abo still hantar keisha g tunas kijang...
even keisha menangis xnk pg..
keisha slalu suh abi g work..keisha tinggal..
keisha cuti..tu je la yg keisha slalu ckp..

bukan ummi xbg keisha tgl dgn ummi..
satu..keisha ade performnace..keisha kene rehearsal..xleh nk ponteng slalu..
slalu keisha ponteng pun hari jumaat

dua..keisha asyik nk berkepit je ngan ummi..
even wan-wan ajak naik atas..atok ajak main kapal pun keisha xnk..
keisha nk ummi je..
xboleh, sayang..ummi kene jaga wafi lagi..

tiga plak.. next year keisha da masuk new class..
keisha da masuk alam baru..
alam toddler..pakai uniform..
so keisha xleh nk ponteng ..nnt keisha shock plak..

nnt ummi update gamba keisha jd flower..
ummi doakan keisha buat performance dgn jayanye..
even performnace keisha tu kejap je..
hehehe
im proud of you, sayang..


Thursday, November 6, 2014

Momen Terindah ..

time keisha n wafi tdo adlah saat yg terindah n aman utk ummi tenung kedua anak ummi ni..
walaupun ummi xcukup tdo..
tp tgk keisha n wafi tdo adlh momen yg indah..

sejak ade wafi ummi try my best to give equal kasih syg..
ummi xnk keisha rase terpinggir..
lepas ummi susu kan wafi..ummi akan main n luangkan masa ngan keisha plak

tdo pun sama..disbbkan keisha ni manja ngan ummi..
tdo... kalo wafi xnk melekat ngan ummi..
ummi akan tdo smbil peluk keisha...

ummi n abi akan take turn luangkan masa ngan keisha n wafi..
tp slalunye..keisha akan suruh abi amek baby..
ummi ngan keisha.. haih la keisha.. seb baik la wafi tu baby lg..
tp so far.. keisha seorang kakak yg memahami..
kalo wafi nk susu..keisha beralah..
kalo wafi nanges..keisha yg pgl ummi .. "Ummi..baby nk susu ummi kot.."
alahai.. pandai anak ummi ni..

you growing too fast, sayang..

Wednesday, November 5, 2014

Ummi Cergas dan bertenaga tapi Kembang dan Gemok??

"nampak cergas je.."
"bertenaga je.. xmcm org pas bersalin"
"B perasan ayg xmcm mase Keisha dulu..kalini lebih ceria.."

itulah antara komen2 positif yg  ummi dpt dlm pantangkan Wafi ni..

tp ade gak komen yg buat down skit..tp ummi jadikan cabaran...

"makcik tgk kamu gemok pas bersalin kalini.."
"kembang yek..xmcm yg 1st.."
"berapa naik berat badan?....hmm.. nampak kembang dr dulu.."

ok..komen2 yg ni..ummi jdkan cabaran..huh.. kembang dikatanye aku.. xpe..xpe..fuh..semangat skit nk kurus ..
tp mmg ummi perasan pun..
berat Wafi pas kuar xde la berat mana..
tp berat ummi mase pregnant kan Wafi mmg naik mendadak..
huhuhu..

ok...bab cergas, ceria n bertenaga tu..
meh ummi kongsikan ape rahsianye..

satu.. ummi rase sbb mase keisha dulu..first time bergelar ummi.. sume bende 1st time.. nk adapt ..nk fahamkan Keisha lagi..dgn xcukup tdo.. dgn stress susu.. tu ummi cm xberapa nk ceria n bertenaga..

masa Wafi ni.. ummi da bleh tackle .. cmne kalo Wafi nanges.. walaupun kerenah Wafi n Keisha berbeza.. susu pun alhamdulillah... rezeki Wafi.. ni ummi da start buat stok..
smpi Wan-wan dah bising sbb tmpt letak ikan die dah xde..

hmm..ummi kene la start survey beli freezer

dua..ummi konsisten makan supplemen shaklee.. esp mmg wajib.. Vitalea, Vitamin C n Zinc mmg wajib..ummi dapat rasakan perbezaan nye.. mmg ummi dah start consume shaklee masa Keisha lg..tp xberapa nk konsisten..ngelat2..

utk bab kembang, gemok dan seumpamanya..
ummi akan gagahkan utk try kurus..
satu.. ummi akan folo je ape yg wan-wan bg makan..even kdg2 ummi dah muak dgn nasi yg xde lauk sgt tu..
tp demi nk kurus blk..

bengkung..ummi da start pakai ..tp kwsn czer tu ummi xketat..hmm..kwsn tu mencabar skit nk turun,,
xpe..slowly..

lagi satu..aunty A bg try Larome product dia jual..
hmm..disbbkan product tu bukan makan..ummi try..
sbb kalo makan..ummi mmg setia ngan Shaklee..

tapi Larome ni ummi nk try kat peha dulu..
xberani plak kat perut..

we will see the result after pantang.. hihihihi

Sunday, November 2, 2014

Nama Baby Boy

n now...
lets introduce our new family...
Baby boy kami..

Muhammad Wafi Shakir bin Muhamad Khairul


Muhammad = sempena nama Nabi..
Wafi = sempurna
ummi n abi rase sesuai nama wafi dgn kehadiran wafi dlm our family..
kerana telah menyempurnakan kte satu keluarga...

Shakir = berterima kasih/bersyukur
macam nama Keisha Shakirah gak.. ummi n abi bersyukur dkt Allah sbb kurniakan amanah2 yg cukup comel. semoga ummi n abi dapat bimbing anak2 abi n ummi menjadi anak yg soleh dan solehah..


gamba? hmm
abi kate lepas ummi abes pantang baru boleh upload gamba wafi..
ummi just bg kt kwn2 rapat je..
abi kate xelok post gamba wafi awal2..
xpela..ummi simpan gamba wafi dulu..


Saturday, November 1, 2014

Selepas Baby Dilahirkn..


ummi da xlarat da..
mlm tu abi blk shah alam.. tanam uri..
wan-wan, atok, wan yah n atok K, uncle A, dtg pun ummi xlarat nk bukak mata
lepas je operate..kepala ummi da pening..even tgh operate pun kepala ummi da pening..

keisha dtg dgn wan-wan..
ummi rindu keisha.. gagahkan jugak buka mata demi anak ummi yg da jd kakak ni..
tp keisha xnk ummi sbb ummi ade wayar..
salam ummi pun keisha xnk..

keisha xsempat tgk baby..sbb baru sgt..
nurse xkasi baby kuar..

mlm..time abi still kt shah alam..
ummi dlm keadaan separuh sedar..
ummi nmpk bygan nurse ramai n doctor Zarul skali..
ape dowang sume kalut2 ni?
yg ummi sempat dgr..tekanan darah ummi rendah..
nurse pasang oksigen kat ummi
yg ummi sedar..nurse tanya..
ada rase sesak nafas x?
ummi ckp..pening..
pastu ummi da tdo..

ummi tak sedar pukul berapa abi dtg blk..
yg ummi cm sedar abi teperanjat..
nape mesin tekanan darah tu ade kt ummi..

n esoknye abi ckp..
ummi asyik ty keisha mcm mana..
sbb ummi xpenah tdo tanpa keisha kot..
smpi terigau2 keisha,,

n this is first time ummi kene tekanan darah rendah..
masa keisha dulu ok je..

Thursday, October 30, 2014

Hari Baby Boy Dilahirkan - 22 October 2014

sambungan....

pukul 9 doctor Ratna check..bukaan da 3 cm.. doc Ratna ckp today is the day.. arini inshAllah baby keluar.. ummi berdebar.. harap semuanya berjalan lancar..
tp bukaan tu lambat..terus kena tahan..
ummi teringat..ramai gak yg buat andaian baby akan lahir deepavali..
hahaha..

disbbkan ward sume full...ummi ditmptkan kt ward sementara.. abi la yg jd penunggu setia ummi..
pukul 10 lebih..nurse kasi ummi ubat bontot..ubat utk ummi buang air besar..debaran semakin kencang..
ramai jugak yg dtg nk bersalin..
n ade gak yg dah selamat..ummi dgr jeritan2 bakal2 ibu n ibu kt bilik2 bersalin..smpi kol 1..
bukaan ummi masih lambat.. 3cm..org yg dtg kemudian dr ummi sume dah selamat lahir baby..
Ya Allah..masa tu..sakit nye hanya Allah yg tau..
bukaan dr 3cm ke 4cm makan masa berjam..
pastu mereka pecahkan air ketuban ummi..
n...tupppppppppppppp
............................................................
baby mengikut jejak langkah kakak keisha..
baby pun dah berak dlm perut..
ummi punye la berdebar..
aduh..nape mcm ni..
ape yg sbbkan baby boleh berak dlm perut ni?
sbb pemakanan ummi ke?
ummi da xpk ape da..
ummi just pk ummi nk baby..
keselamatan baby..

checked CTG..
jantung baby da xcantek..
akhirnye...
demi keselamatan dan kesejahteraan baby..
baby alami nasib yg sama mcm kakak keisha iaitu keluar melalui tingkap.. CZER

kita hanya merancang,,,
Allah yg tentukan..
Allah tau ape yg terbaik utk kite..
tak kisah la ikut mana skalipun..
asalkan anak2 ummi selamat..
doctor agak terkilan la gak sbb ummi xdpt nk normal..
nk buat cmne..
baby dah berak..
bukaan ummi plak lambat..
kalo xberak.. boleh la tunggu..

tepat 3:56petang..
lahirlah anak kedua ummi..
berat kecil skit dr kakak keisha..
2.85kg..


Tuesday, October 28, 2014

Hari2 Terakhir Sebelum Anak Kedua Ummi Keluar

sabtu - 18 Oct
ummi g checkup..
doc ratna ckp da buka 1-2 cm.. kene byk kn berjalan..
ummi pun ape lagi..lepas je checkup..
abi bwk g publika.. beli set bersalin tanamera
masa jalan2..ummi mmg dah sarat sgt...
xlarat nk bwk wafi..
ikut kan siap nk makan kt salon du chocolate tp disbbkan lapa..
ummi n abi plan makan kt restoran felda.. nama Savaro..
ingatkn kedai omputih mana la..rupenye restoran melayu..
not bad..sedap gak..ummi makan ns kerabu...
pastu terus da xmampu nk makan choclate..
full..

isnin.. - 20 Oct
ummi da tak pg keje..
abi xkasi..
die risaukan ummi..
ummi pun cm xconfident je nak pg opis da ..
abi nk cuti gak..
ummi xkasi..sbb ade wan-wan n atok..
abi keje half day

selasa - 21 Oct
ummi da start sakit..
sakit kalini beza ngan masa keisha dulu..
masa keisha dulu ummi releks lg....
siap leh g keje..
abi ajak g hospital..
ummi cm keberatan..
smpi kt hospital..doc ratna check..masih sama..1-2cm..
fuh..ummi da sakit mcm ape je ni..tp still bukaan sama..

rabu pagi.. - 22 Oct
pukul3 ummi da xleh tdo..
ummi mengaji..
pukul 5 ajak abi g hospital
tp ummi duduk dlm keta dulu..
lepas subuh br masuk hospital.
bukaan masih sama..
masa tu hanya Allah je yg tau betapa sakitnye rasa..
nurse buat CTG..
n masih boleh bertahan smpi doc dtg..
nurse ckp doc Ratna dtg kol 9..

to be continue....



Monday, October 27, 2014

Persiapan nk menyambut baby..

1..utk ummi
kalini ummi dah plan nk pantang nnt..nk pakai set bersalin dr Tanamera 
n of course Shaklee.. which is mmg terbukti keberkesanan dia dr mase Keisha dulu..
n rezeki baby.. 4-5 hari sebelum baby keluar.. ade org order ngan ummi set bersalin Shaklee..
org tu bersalin czer.. n ummi dgn hati yg terbuka share experience ummi consume shaklee ms keisha dulu..

2.utk keisha
setiap hari ummi akan ckp dgn keisha tentang baby,, supaya nnt Keisha boleh bersedia..
so far..alhamdulillah..nmpk mcm keisha da boleh jd kakak..
cth paling dekat.. wan yah ade jaga anak orang - baby shafiq..
so far ummi tgk..keisha syg baby shafiq..cuma bila ummi nak dukung baby shafiq tu..
keisha tak bg..keisha ckp..baby shafiq abi dukung..keisha ummi dukung..
ok..kat situ da nmpk sedkit kejelesan disitu..haha

3.utk abi
persiapan utk abi?? hmm..kene bersedia fizikal dan mental..
sbb lepas ni da 2.. bukan satu lagi..
cuma..bab keje ummi yg tak menentu tu ..kami masih buntu..
Abi ckp..Allah tau ape yg terbaik utk kita sefamily..
ummi risau.. yela..dulu keisha sowang..boleh la abi handle kalo ummi balik lmbt..
ni kalo ade baby skali...mn mampu abi nk handle dedua..huhuhu..

ntahla.....
ummi n abi berserah kt Allah..
d
Dia sebaik2 perancang..

Saturday, October 25, 2014

Taraa.... Dah Bersawang Dah Page ni...

tu dia..
last update cite bulan July..
ni dah bulan 10..
adik keisha pun dah lahir..

kene touch up skit blog ni..
kalo dulu blog ni khas utk keisha..
ni ummi kene berlaku adil..
takkan nak bukak dua blog plak ye x..

kang ade anak 10..10 blog? hahaha
tipu sgt la tu...ummi mana bleh smpi 10 da..
da dua2 anak ummi kuar ikut tingkap..
limit smpi 4 je la
lgpun umur ummi pun da 30 tahun..

takpe..yang penting bukan kuantiti..
kualiti anak2 ummi..
inshAllah..
ummi doakan semoga Allah bimbing n bg petunjuk nk didik amanah2 dr-Nya ini..
semoga dipermudahkan semuanya..

hanya Allah yang tau ape yg terbaik buat kite sekeluarga..

Sunday, July 13, 2014

Pengorbanan seorang ibu dan ayah..

Keisha
- keisha demam dr hari jumaat. jangkit ngan ummi.. xsanggup tgk keisha..abi n ummi xlena tdo.. abi paling gagah..xtdo dia ..ummi dah xlarat..jumaat mlm sabtu aritu keisha muntah.. abes cadar.. abi basuh malam tu jugak.. ni la namanya pengorbanan ayah n ibu..
malam tadi demam keisha tak kebah2.. lepas amek chu na blk keje.. ummi n abi bwk keisha pg klinik biasa..
pukul 2 pg keisha x ok gak.. ummi n abi terus bwk g hospital DEMC.. masuk ubat kt bontot..seb baik x warded..
keisha still panas gak..tp da kurang..doktor ckp 2 hari x ok..kene amek darah...

Baby..
bulan puasa ni..masuk harini dah 4 hari ummi tak puasa.. minggu lepas sehari sbb ummi xlarat..ummi xsahur.. ni dr jumaat ummi tak puasa sbb ummi batuk teruk n demam..
benda ketara pasal baby .. ummi perasan sejak bulan puasa ni.. ummi asyik nk makan nasi kerabu je.. setiap hari x jemu ummi request kt abi belikan ns kerabu.. bila wan-wan tau ummi asyik nk makan ns kerabu..wan-wan siap buatkn..effort wan-wan buat ummi rase nak nanges.. ummi terharu sgt.. wan-wan sanggup nk buatkan..semua gara2 smlm ummi xdpt makan ns kerabu ..sbb bazar kt shah alam xde ns kerabu..
lg satu ummi terharu lg..wan-wan nye effort buat candy kelapa.. ummi xnk nyusahkn wan-wan..ape yg ummi teringin nk makan wan-wan try sehabis boleh nk buatkan..
tula pengorbanan seorang ibu plak terhadap ummi..

to be continue..sbb abi dah mai..ajak balik..

Monday, June 23, 2014

Buntu...xde mood..sedih..

Ummi kene kuat tp ummi xtahan..dgr je suara keisha..xsanggup plk nk bwk keisha g buat MRI n amek darah sume..xsanggup nk tgk.keisha kene cucuk pun ummi da sayu..ni kn lg up..huhuhu

Tgk gamba keisha.mmg ade beza..tp..xketara...Ya Allah...jgnlah ape2 yg xdiinginkn berlaku terhadap anak2 ku.sihatkn lah mereka..ummi sygkn keisha..keisha adalh salah satu yg menggembirakn hidup ummi..keisha la kekuatan ummi..keisha gak mengajar ummi bersabar..semoga keisha sentiasa hidup dlm keadaan baik sepertimana maksud nama keisha.....

Hari sensitive

Arini ummi n abi cuti sbb nk bwk keisha cucuk.last jumpe doc fazillah 6 bulan lepas.
Sepatutnya keisha nye appointment sabtu ni.tp clash ngn ummi nye checkup baby..

First observation..berat keisha sama 1thn 6 buln dulu ngn skang 2 thn..10kg..
Hmm..keisha ni kurus je..mn x nye mkn memilih..nk ayam ikut mood.kalo xnk tu dibuang2 nye ayam walaupun ummi dah carik halus n gaul ngn nasi.pndi plk tu ketepikn

Turn keisha jumpe doc fazillah..doc ckp perkembangan keisha sume ok.kire cepat gak.gigi pun cantek.just yg buat ummi sebak..doc suh refer pakar neuro/saraf sbb pipi keisha besar sebelah.bende ni da nmpk dr keisha kecik lg tp sbb ingt keisha suke tdo sebelah arah je.bile doc suruh refer hospital yg ade pakar neuro..ummi jd sebak.dlm kete ummi xtahan..nanges..nk plk emosi ummi tgh pregnant ni terlebih sensitive...smpi ummi sakit pale pk kn keisha

doc ckp mata hidung keisha sume ok..cume pipi..ummi bgtau wanwan.wanwan risau.die kate xsanggup tgk keisha.ummi pun xsanggup.kene mri.kne. anek darah.wanwan ckp kalo keisha xsakit n perkembangan sume ok np nk pg.ntahla..kalo x pg tatau.kalo pg xsanggup plk nk tgk keisha cmtu..huhuhuhu

Saturday, June 7, 2014

Keisha 2 tahun

Keisha da 2 tahun.kejap je masa berlalu...masih segar lg dlm ingatan detik2 keisha dilahirkan...n now keisha da besar..keisha da pandai cakap..keisha da pandai pujuk..keisha da pandai kira..anak ummi..n abi..semoga keisha jd anak yg solehah,sentiasa diberkati oleh Allah swt dan jd kakak yg penyayang...

Ummi n abi will always love u

Keisha 2 tahun

Keisha da 2 tahun.kejap je masa berlalu...masih segar lg dlm ingatan detik2 keisha dilahirkan...n now keisha da besar..keisha da pandai cakap..keisha da pandai pujuk..keisha da pandai kira..anak ummi..n abi..semoga keisha jd anak yg solehah,sentiasa diberkati oleh Allah swt dan jd kakak yg penyayang...

Ummi n abi will always love u

Saturday, April 26, 2014

Kakak keisha??

Keisha bakal jd kakak...alhamdulillah..ummi harap keisha jd kakak yg baik..baby dlm perut da 14 minggu..3 bulan lebih..haa..lepas ni keisha kene kongsi entry la ye..xkn ummi nk buat 2 blog??..hmm masih xdecide lg...

Skang ni pun ummi tgk keisha da ade ciri2 seorang kakak..cthnye..
1.keisha pgl diri keisha kakak..n bile ummi ty mn baby keisha tunjuk perut n kiss baby..
2. Keisha letak telinga kt perut ummi..walaupun ummi geli..tp sejuk je tgk gelagat keisha..yg ummi klakar sgt..keisha akan buat muka bile letak telinga kt perut. Mcm keisha dgr sesuatu..bila ummi ty keisha dgr baby ckp ape..keisha mcm try nk terangkan tp ummi xpaham..apelah agaknye yg keisha dgr..betul ke keisha n baby berinteraksi? Hahaha
3. Wan rwg jaga baby org..keisha suke main..hopefully bila baby kuar keisha suka main gak

Ummi syg keisha n baby..ummi harap anak2 ummi sehati sejiwa..dpt bertolak ansur..

Cume kdg2 ummi sedih..xdpt nk berikan sepenuh perhatian keisha terutama 3 bulan ni..morning sickness ummi teruk gak tp xseteruk masa ummi ngandungkan keisha..lg satu ummi xdpt dukung keisha..kdg2 smpi nangis keisha nk ummi dukung. Ummi xboleh syg...ummi dulu caesar lahirkn keisha...ummi kene jaga perut ummi...abi la yg layan keisha..
Thanks abi..dr mandikan keisha..basuh berak keisha..abi la yg buat..
Masa awal2 dulu lg la..mencabar..keisha manjaa sgt..keisha meragam..ade je xkene..asyik nk ummi je..org ckp bile nk dpt adik mmg mcm tu...hehehe..keisha...keishaa...
Ummi doakan agar ummi dpt didik anak2 ummi dan dpt bg kasih syg n luangkan masa dgn anak2 ummi..

Love,
Ummi keisha n baby

Saturday, March 15, 2014

kerja ummi dulu dan sekarang

time ummi update ni..ummi masih di opis.. 9:44pm hari sabtu bersamaan  15 mac 2014
sepatutnye time mcm ni ummi kt umah ngan keisha n abi..
but right now.. ummi di opis. bertemankan komputer, n opis yg sunyi..
ini sesuatu perubahan yg ummi rase sedih setiap kali ummi ingat blk..
dulu mase ummi keje kt perodua dulu.. sekali sekala je ummi blk lmbt.. boleh dikira dgn jari..
n mase pregnant kan keisha pun skali je ummi blk mlm..tu pun sbb nk siapkan keje sementara tunggu abi dr kl.
but now..byk pengorbanan yg ummi kene hadapi.. nak tak nak.. ini lah takdir utk kite sefamili.. sume ade pro n cons.. ummi tuka tmpt keje pun demi kte sefamili.. sbb abi pun da keje kl..setiap hari ummi doakan.. agar dipermudah kan ummi membesarkan keisha.. doa agar dpt luangkan masa yg byk bersama keisha.. this is life.inilah dinamakan kehidupan...
dlm hidup kita.. tak semua nya indah.. n tak semestinya ape yg kita nak tu baik utk org lain.. n setiap dugaan dan cabaran pasti akan ade jalan kegembiraan di kemudian hari..

ok..sebak plak tulis cmni..da la kat opis.. ummi masih menanti bank hong kong ni ...aduhhh... lama la lagi agaknye ...

p/s : andai kata kemudian hari ummi da xkeje sini.. blog keisha ni boleh jd kenangan ummi keje malam n update blog anak ummi ni..

utk xbuat ummi rase sedih..
jom kte tgk ape kebaikan ummi keje sini
ummi hanta keisha dkt tunas kijang which is alhamdulillah..ummi satisfied ngan perkembangan keisha
ummi dpt benefits yg boleh dikatakan best la utk kte sefamili..
lagi? lagi? hmm... hmmm..
ape? huhuhuh.. ummi da xleh pk da.... tp..tp.. keje sini ummi blk lmbt....

ok..now here you go..ummi rindu keisha blk...teringat apelah yg keisha buat kt umah

Bersawang Lagi..

maafkan ummi..
again.. bersawang lagi page keisha ni..
dok melayan keisha la ni.. smpi ummi xde masa nk update blog.. :P
#alasannyeummituh...hahaha

keisha da setahun 9 bulan..xlama lagi keisha 2 tahun..
nk jd kakak x? hahahhaha..
soalan ummi pape ntah kan..
ummi cant imagine keisha jd kakak..
kalo keisha jd kakak..ummi doakan keisha jd kakak yg baik dan peyayang..
ummi yakin keisha bleh jd kakak yg baik..
ehh...ape ni..ummi ckp psl keisha jd kakak plak..hahahha

tp lately ni..keisha manja sgt2.. triple manja ngan ummi..
abi pun perasan...
keisha xnk abi suapkan nasi..keisha xnk abi buatkan utk keisha
sume keisha nk ummi yg buatkan utk keisha
hmmmmmmmmmmmm....

ape kate wan-wan shah alam and wan rawang ttg keisha ...
wan rawang byk kali gak sebut.."biarlah keisha ni besa skit br ade adik..kesian die..."
wan-wan shah alam plak.. xkisah sgt sbb cucu-cucu yg lain pun jarak dekat.. ashraf and arisha jarak 2 tahun..
hmmm... no komen.. ape pun Allah tau ape yg terbaik..
kalo Allah nak kasi rezeki..ummi n abi terima dan berdoa supaya kami dapat didik amanah Allah ni dgn baik...aminn..

p/s : sekarang keisha tgh tinggal ngan abi kt umah..ummi kene keje..network hong kong plak problem..haihh..blk lmbt la mcm ni..huhuhuh
ummi rindu keisha..nk peluk je keisha..

Friday, January 3, 2014

2014 : Keisha dan ummi

ok..looks like blog ni dah bersawang...
x konsisten betul ummi ngan blog keisha yg satu ni..
hehehe.. ok..azam tahun baru ummi..akan keep update blog ni atleast once a week..
haa..we will see..sejauh mana azam ummi ni..kikiki

starting new year ni..
bermakna setahun gak la ummi keje Bank Negara ni..
bermakna setahun gak la keisha bersama Tunas Kijang..
bermakna setahun gak la kite satu family tglkan Bukit Beruntung, Rawang..

ckp psl Tunas Kijang..semlm..keisha masuk kelas baru..
bersama teacher2 baru..
kalo sebelum ni kelas keisha kelas infant..
keisha ade jadual 2 kali tido..
kali ni masuk kelas pre-toddler..
keisha ade jadual sekali je tdo..kikiki..
semalam first day.. keisha meraung..
adeh..ummi nk tglkn keisha pun berat ati..
keisha xbiasa ngan teacher tu..
huhuhu..ummi paham perasaan keisha..
sbb keisha ikut perangai ummi..
but some people xpaham..ingat kita ni dimanjakan sgt..
huhuhuhuh..*tetibe ummi terasa plak..ok..lets forget it..
next...sambung..
bila blk..abi amek keisha..abi ckp..keisha ok je..happy main sana..main sini..
wan-wan pun risau..asyik ty ummi ..cmne keisha kt school..
keisha pandai bawak diri kan..just that it takes time to adapt je..